Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2024

Kisah Kita

     Di saat sebahagian mereka berkecenderungan ingin mati, hati ini meronta-ronta mahu hidup. Kerana ada dia di dalam hati. Aku selamat kerana kasih-sayang tuhan yang mengharamkan pengambilan nyawa dengan cara tanpa hak. Agama fitrah ini agama yang kuanuti dan kusyukuri kerana lahir sebagai penganutnya. Buat kamu yang ada di dalam hati, kamu juga adalah penyebab mengapa aku masih memperjuangkan hidup ini. Kamu adalah permata dan intan. Yang akan kutatang dan kuhormati sebagai raja dalam kerajaan kita nanti. Aku sering terfikirkan, alangkah damainya dan harmoninya apabila tuhan mengizinkan dan menyatukan. Kamu adalah raja dan aku permaisurinya.           Pejalanan hidup dewasa adalah sesukar dan seperih ini. Aku bawa dari masa lalu yang amat pedih. Dan masa ini, ia seakan-akan menghukumku. Kesakitan ini mesti dirawat kerana aku mahu kehidupan seperti orang lain. Tertawa dan menjadi diri sendiri tanpa memakai topeng muka. Yang terlihat baik-ba...