Di saat sebahagian mereka berkecenderungan ingin mati, hati ini meronta-ronta mahu hidup. Kerana ada dia di dalam hati. Aku selamat kerana kasih-sayang tuhan yang mengharamkan pengambilan nyawa dengan cara tanpa hak. Agama fitrah ini agama yang kuanuti dan kusyukuri kerana lahir sebagai penganutnya. Buat kamu yang ada di dalam hati, kamu juga adalah penyebab mengapa aku masih memperjuangkan hidup ini. Kamu adalah permata dan intan. Yang akan kutatang dan kuhormati sebagai raja dalam kerajaan kita nanti. Aku sering terfikirkan, alangkah damainya dan harmoninya apabila tuhan mengizinkan dan menyatukan. Kamu adalah raja dan aku permaisurinya.
Pejalanan hidup dewasa adalah sesukar dan seperih ini. Aku bawa dari masa lalu yang amat pedih. Dan masa ini, ia seakan-akan menghukumku. Kesakitan ini mesti dirawat kerana aku mahu kehidupan seperti orang lain. Tertawa dan menjadi diri sendiri tanpa memakai topeng muka. Yang terlihat baik-baik sahaja tetapi kesengsaraan bersawang di jiwa dan keserabutan menyirat di fikiran. Sebelum menjadi parah, aku harus kuat untuk mengatakan aku tidak baik-baik dan harus dibantu.
Beberapa bulan lepas, aku mengenali sosok rapat di tempat aku bekerja. Yana. Berkenalan dan berkawan dengan dia adalah suatu warna-warni dalam hidup. Seteleh seberapa lama aku jatuh kesunyian dan terasa sungguh kesepian di sana, Yana, adalah teman berbicara paling akrab. Tak siapa tahu Yana mengalami kemurungan dan bergantung kepada ubat. Kisahnya, aku yang memulakan bicara. Dan Yana hanya menyambung kisahnya.
Comments
Post a Comment